Archive for March 2012

Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah
SMK KUALA KURAU MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI DAERAH KERIAN PADA TAHUN 2015.



Misi Sekolah
KAMI AKAN BERUSAHA, MERANCANG, MELAKSANA DAN MEMANTAPKAN SEMUA PROGRAM PENDIDIKAN KE ARAH MENJADI SEKOLAH YANG TERBILANG MELALUI BIDANG KURIKULUM, SAHSIAH, KOKURIKULUM DAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG BERKESAN SERTA MEYAKINKAN UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG 



Posted in | Leave a comment

Guru Praktikal Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Cikgu Nadia
 


Nama: Nur Nahdatul Nadia Bt Gladdy Peter


Latar Belakang Pendidikan : SK Abang Kadir Gedang
                                           SMK Gedong
                                           SMK Serian


Umur: 24 tahun (16.02.1998)


Kenapa memilih Unit Bimbingan Kaunseling: Pengaruh keluarga, minat sejak kecil


Asal: Serian, Sarawak.


Warna Kegemaran: Merah jambu, hijau, putih.


Kelayakan: ISMP Bimbingan dan Kaunseling.


5min tentang saya:
Suka membuat kerja 'last minute' tetapi akan memastikan kerja yang dibuat adalah berkualiti. Enjoy your life, sebab hidup hanya sekali. Enjoy, live your life but still following the right path.


Cikgu Amylia
  

Nama: Amylia bt Bako

Latar Belakang: SK Jaya Baru
                         SMK Bukit Garam
                         SMK Segaliud

Umur 24 tahun (8 Mei 1988)

Kenapa memilih Unit Bimbingan dan Kaunseling: Memang minat kaunseling, nilai menolong jadi pegangan hidup dan hasrat ibu.

Asal: Sandakan, Sabah.

Warna kegemaran: Putih.

Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling (ISMP )

5min tentang saya: 
Saya seorang yang gila-gila tapi adakalanya bertindak profesional. Hidup ini perlu dinikmati tapi jangan sampai tersasar. Bila rasa tersesat, pulang ke pangkal jalan selagi termampu.


Posted in | Leave a comment

Merentas Desa

Pada hari sabtu minggu yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau telah mengadakan aktiviti merentas desa. Semua pelajar di SMKKK perlu menyertainya. Aktiviti merentas desa ini mempunyai 4 kategori iaitu perempuan bawah 15, lelaki bawah 15, perempuan atas 15 dan lelaki atas 15 tahun.


Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan En. Mohd Shahar iaitu bekas Penolong Kanan SMK Kuala Kurau dengan pasukan berbasikal dari sekolah SMK Pekan Baru.


Selepas aktiviti merentas desa, adanya aktivi cabutan bertuah diselangi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah memenangi aktiviti merentas desa tersebut. Aktiviti ini diakhiri dengan ucapan pengetua.



  
 
 
 

Posted in | Leave a comment

Lencana dan Lagu sekolah

Lencana

 

Lagu Sekolah
Berilmu Berbakti, Itulah Moto Kita
Sekolah yang Terbilang, Itulah Visinya
Bergerak kita menuju, Wawasan negara maju
Prestasi kita tingkatkan segera, Untuk Capai Kemajuan
Sekolah Menengah Kuala Kurau, Kan kami janji
Akan Tekun dan Berusaha, Yakin Berjaya
Sekolah Menengah Kuala Kurau, Kan Kami Julang
Menjadi Sekolah Cemerlang
Pasti Terbilang.


Posted in | Leave a comment

Sejarah SMKKK

Kod Sekolah: AEA3087
Lokasi: Jalan Pantai, 34350 Kuala Kurau


Peta Lokasi



Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau atau nama ringkasnya SMK Kuala Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pantai.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau memiliki 359 pelajar lelaki dan 277 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 636 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru

Kini, SMK Kuala Kurau berada bersebelahan dengan SK Kuala Kurau (Baru). SMK Kuala Kurau mempunyai dua buah blok bangunan yang memuatkan lebih kurang 600 pelajar. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan utk para pelajar dan guru guru.


Kawasan SMKKK





 



 

Posted in | Leave a comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed and Edited by Aida-Akilah