Archive for 2012

Guru Unit Bimbingan & Kaunseling

Pepatah Melayu ada berbunyi, tak kenal maka tak cinta. Oleh hal yang demikian, 
di sini kami ingin memperkenalkan dua orang guru yang menjadi
tulang belakang Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kuala Kurau.


MOHD AZMAN BIN ALI BASAH telah berkhidmat di 
SMKKK selama12 tahun. Tidak hairanlah sekiranya beliau cukup masak
dengan kerenah pelajar-pelajar di sini. Kata orang, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina.
Beliau berkelulusan Bac. Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UPM.


SITI HAISAH BINTI TUKIRAN merupakan seorang guru muda yang
telah menjejakkan kaki di bumi SMKKK pada tahun 2004.
Kaunselor yang berasal dari Selangor ini
berkelulusan Bac. Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UPSI.

"Kaunselor anda sedia membantu"

Leave a comment

Makmal Komputer

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau mempunyai dua pusat media iaitu 1 ruang pusat akses, 2 makmal komputer. Pusat Akses boleh memuatkan seramai 20 orang pelajar manakala Makmal komputer masing-masing boleh memuatkan seramai 40 orang pelajar. Kedudukan Pusat Akses pula di block A dan makmal komputer berada berdekatan dengan block B.





PERATURAN-PERATURAN KHAS BILIK KOMPUTER


1. Sila pastikan anda menanggalkan kasut sebelum anda memasuki bilik komputer.


2. Dilarang membawa beg ke dalam makmal komputer. Tinggalkan beg di rak yang disediakan di luar makmal


3. Anda dilarang membuat bising di dalam bilik komputer.


4. Pastikan anda menggunakan komputer dengan betul. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan penggunaan komputer, sila maklumkan kepada pihak berkenaan.


5. Sila tulis nama dan Kelas tingkatan setiap kali menggunakan komputer di buku log yang disediakan di atas sisi meja komputer.


6. Sebelum anda meninggalkan bilik komputer, sila pastikan suis lampu, suis pendingin hawa dan suis komputer ditutup dan bilik komputer ditinggalkan dalam keadaan memuaskan.


7. Sila pastikan anda menutup pintu semasa meninggalkan bilik komputer.

Leave a comment

Kempen Amalan Sahsiah Terpuji Pelajar & Pend. Pencegahan Dadah

Pada 12hr April yang lepas, Sekolah Menengah Kuala Kurau telah mengadakan Kempen Amalam Sahsiah Terpuji Pelajar dan Pendidikan & Pencegahan Dadah. Tuan pengetua En Saad Bin Hashim telah merasmikannya pada perhimpunan mingguan pada minggu tersebut.

Kempen ini diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kuala Kurau. Banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti pameran kesihatan, motivasi pelajar dan banyak lagi. Pegawai polis, pegawai kesihatan turut dijemput untuk menjayakan kempen ini. Kempen ini akan berakhir pada 2 Mei 2012.


Perasmian Kempen Amalan Sahsiah Terpuji Pelajar & Pend. Pencegahan Dadah

Ikrar pelajar memusuhi dadah.

Penyampaian motivasi oleh pegawai polis di bilik tayangan SMK Kuala Kurau.

Pameran kesihatan oleh Pegawai Kesihatan di Dewan Samudera.

Leave a comment

Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia di SMKKK




Namaku, Mohd Ridzuan Bin Mohd Sam. Aku seorang pelajar yang rajin membaca buku. Aku lebih suka tidak mengikuti tuisyen di luar sekolah kerana aku yakin bahawa hanya guru sekolah yang mampu membimbing aku hingga mencapai kejayaan 10A dalam SPM. 

Walaupun aku bersekolah di sekolah harian biasa, guru-guru di sekolah ini sememangnya berdedikasi mengajar pelajar-pelajar. Aku tidak pernah meninggalkan solat fardu kerana menunaikan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan tanggungjawab setiap umat islam. Aku sentiasa menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

Dirumah aku, keadaan yang tenang dan tidak terlalu bising membolehkan aku mengulang kaji. Aku bukanlah seorang yang sentiasa mengulang kaji pelajaran sehingga 24jam sehari, Tujuh hari seminggu kerana aku juga kadang-kala berehat sambil menonton televisyen. Aku menggemari rancangan kartun. Semasa berehat sambilo menonton. Bagiku, menonton televisyen bukanlah penggangu kepada seorang itu mencapai kejayaan yang cemerlang jika dilaksanakan secara seimbang. Aku juga ke kafe siber untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran dan juga mendapat kertas soalan SPM yang pernah dikeluarkan.

Fasalfah hidupku ialah ''hendaklah sejuta daya, kejayaan milik semua walau di mana mana sahaja anda boleh berjaya''.

MOHD RIDZUAN BIN MOHD SAM

Leave a comment

Pengetua SMK Kuala Kurau (Mantan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pembina blog SMKK kerana berjaya membina sebuah blog rasmi sekolah dan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam blog ini.


Sesungguhnya, sistem pendidikan di Negara ini sedang mengalami satu reformasi ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak tinggi dengan itu, tugas guru menjadi semakin mencabar dalam usaha melahirkan individu pelajar yang cemerlang, semoga dengan kehadiran mereka, pelajar akan lebih menyedari kemampuan, kemudahan yang mereka peroleh dan menginsafi harapan yang dibebankan ke atas mereka. PIBG, sebagai pihak yang menghubungkan ibu bapa dan pihak sekolah akan terus memberi sokongan kepada sekolah ini.


Sistem pendidikan yang hanya menekankan kecemerlangan dalam bidang keilmuan saja tanpa mengambil kira kemurnian akhlak melahirkan golongan cerdik pandai yang bersikap invidualistik tanpa menghiraukan kepentingan masyarakat serta kemanusiaan sejagat.


Di samping tempat menimba ilmu, sekolah juga harus dijadikan sebagai sebuah institusi yang menyemai nilai-nilai budaya secara lebih formal bagi mewujudkan pelajar-pelajar dan masyarakat yang berhemah tinggi. Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dan guru-guru amatlah penting.


Akhir kata, saya berharap agar pembina blog sekolah ini dapat menjadi rujukan yang bernilai.


Sekian, terima kasih.


Puan Hajah Che Saemah Bt Taharim
Pengetua
SMK Kuala Kurau 

Leave a comment

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Kerian

Pada 3haribulan April hingga 7haribulan April, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan perlawanan Bola Baling Peringkat Daerah Kerian selama 5 hari. Seramai lebih kurang 600 atlet dari semua sekolah di  daerah kerian telah berkampung di sekolah ini. 


Alhamdulillah, SMKKK telah menjaya sekali lagi mendapat tempat dalam kejohanan ini. Semoga SMKKK akan terus maju dalam kejohanan ini pada tahun yang seterusnya.




Semasa waktu rehat , sesetengah pasukan berehat di dewan terbuka SMKKK.









Leave a comment

Program Sehari Bersama Pensyarah MSU

Pada 4 April 2012, Sekolah Menengah Kuala Kurau dari Bahagian Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput pihak Management & Science University (MSU) memberi sedikit motivasi khusus untuk para pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini.


Pensyarah yang telah memberi motivasi tersebut ialah En Mohd Azizi dan En Khairul Anuar yang membincangkan tentang kemahiran belajar, teknik belajar yang betul, kursus yang diminati oleh para pelajar, dan juga mengadakan aktiviti menarik semasa menjalankan program tersebut.


Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam memilih bidang yang betul dan tepat dan dapat pengetahuan tambahan dalam bidang tersebut.



Leave a comment

Senarai IPTA di Malaysia

IPTA 

Leave a comment

Pautan Penting

PAUTAN

Leave a comment

Maklumat di Makmal Sains

Sekolah Menengah Kuala Kurau mempunyai 3 makmal sains dan 3 makmal untuk biologi, fizik dan kimia. Makmal sains terletak di bahagian bawah bilik guru dan makmal utk fizik, kimia, dan biologi terletak di tingkat 1 di block A. Kesemua makmal ini dibantu oleh 10 pembantu makmal.





PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM MAKMAL-MAKMAL SAINS


1. Utamakan keselamatan sepanjang masa anda berada di makmal.
2. Jangan masuk ke dalam makmal atau melakukan sebarang ujikaji tanpa kebenaran guru yang berkenaan.
3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk atau keluar sebarang bahan kimia atau radas ke dalam atau keluar makmal.
4. Pastikan bahan kimia yang digunakan adalah betul. Baca label dan bertanya kepada guru sekiranya ada kemusykilan.
5. Murid-murid dilarang sama sekali bermain dan berlari-lari di dalam makmal sains.
6. Kebersihan makmal adalah tanggungjawab bersama.Oleh itu,pastikan sampah tidak terbuang di merata-rata tempat.Makmal mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
7. Semua radas yang digunakan mestilah dibersihkan dan dipulangkan ke tempat asalnya.
8. Laporkan segala kerosakan supaya dapat diperbaik / direkod.
9. Laporkan dengan serta merta kepada guru berkenaan semua kecederaan yang berlaku.
10. Pastikan anda tahu di mana letaknya pemadam api atau suis utama saluran gas dan cara-cara menggunakannya semasa berlaku kecemasan.
11. Jangan makan dan minum di dalam makmal.
12. Jangan cuba menghidu, merasa atau menyentuh bahan kimia yang beracun atau tidak diketahui.
13. Apabila menggunakan bahan kimia yang mudah terbakar seperti alkohol, ester atau bahan organik lain, jauhkan daripada nyalaan Bunsen.
14. Semasa memanaskan sesuatu bahan, halakan jauh daripada kawan.
15. Apabila tidak digunakan nyalaan Bunsen, tutupkan saluran gas.
16. Jagalah supaya semua alatan dan radas berada dalam keadaan balk.
17. Murid-murid mestilah membasuh tangan sebelum keluar daripada makmal.




UTAMAKAN KESELAMATAN DALAM MAKMAL KESELAMATAN ADALAH
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Leave a comment

Maklumat Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Apakah perkhidmatan BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan PERCUMA ini disediakan bagi membantu anda melihat persoalan yang ada pada diri sendiri:
(a) Peribadi dan emosi anda
(b) Ingin mengubah tingkah laku sendiri
(c) Pengurusan masa
(d) Memilih kerjaya
(e) Kaunseling penyalahgunaan dadah
(f) Kaunseling ketagihan dadah


Kaunselor adalah seorang yang..
(a) Sanggup mendengar persoalan anda
(b) Menerima tanpa syarat
(c) Menerima dan Merahsiakan apa apa yang anda kongsi kan
(d) Menghormati diri anda sebagai seorang individu


Matlamat Kaunseling
(a) Supaya pelajar memahami diri dan situasinya
(b) Supaya pelajar menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif serta realistik
(d) Supaya pelajar dapat mengenal pasti keperluannya
(e) Supaya pelajar dapat merancang kehidupan yang lebih realistik
(f) Supaya pelajar bertanggungjawab terhadap diri dan perlakuan sendiri
(g) Supaya pelajar menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.


BAGAIMANA SESI KAUNSELING DIJALANKAN
(a) KAUNSELING INDIVIDU
Pertemuan empat mata ( bersemuka ) dengan kaunselor pada masa dan tempat yang dipersetujui


(b) KAUNSELING KELOMPOK
Pertemuan anda dan rakan rakan kelompok dengan kaunselor pada masa dan tempat yang dipersetujui.


BAGAIMANA SESI DIJALANKAN?
Pertemuan anda dengan kaunselor dijalankan dalam bilik kaunseling terhindar daripada gangguan luar.


''Kaunselor Anda Sedia Membantu''

Leave a comment

Jadual Peperiksaan


UJIAN /PEPERIKSAAN
TARIKH
Ujian Penilaian 1 (Semua Tingkatan)
29/02 – 07/03/2012
Peperiksaan Pertengahan Tahun (Ting. 4 & 5)
14/05 – 25/05/2012
Peperiksaan Pertengahan Tahun (Ting.1,2 & 3)
21/05 – 25/05/2012
Ujian Penilaian 2 (Ting. 1,2 & 4)
13/08 – 17/08/2012
Peperiksaan Percubaan PMR
08/08 – 17/08/2012
Peperiksaan Percubaan SPM
01/08 - 17/08/2012
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
10/10 – 30/10/2012
Peperiksaan Akhir Tahun (Ting. 1 & 2)
22/10 – 30/10/2012
Peperiksaan PMR
09/10 – 16/10/2012
Peperiksaan SPM
05/11 – 06/12/2012

Leave a comment

Maklumat Pusat Sumber Sekolah

Jawatan Kuasa Pusat Sumber 2012

Penaung: Hj Saad bin Hashim
Penolong Kanan 1: Pn Hajah Halimah Binti Said
Penolong Kanan 2: En Ahmad Nizam Bin Zam
Penolong Kanan Hem: En. Lotfi Bin Ismail

Pengerusi: Nurul Aida Safina Bt Mohd Khalil 
Naib Pengerusi: Amina Afifah Bt Aspiyah Mahyus 
S/U: Nur Fatin Bt Radzuan 
Bendahari: Nur Sazwani Bt Kasim 
AJK: Nor Sallehah Bt Ab Rahman


VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat.

MOTTO

Pusat Sumber Sekolah ke arah kecemerlangan budaya ilmu.

PANDUAN GURU

1. Buku rujukan yang bertanda merah tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan.

2. Setiap buku yang dipinjam harus direkod dalam Buku Rekod Pinjaman Guru.

3. Buku yang dibawa keluar dari perpustakaan untuk pengajaran dan pembelajaran murid harus dikawal oleh guru mata pelajaran.

4. Sila buat tempahan dari guru perpustakaan sebelum membawa masuk murid ke perpustakaan.

5. Guru yang menggunakan perpustakaan bagi kelas tertentu perlu mencatat dalam buku Rekod Penggunaan Perpustakaan.

6. Setiap kelas yang masuk ke perpustakaan harus diiringi dan dikawal oleh guru berkenaan.

7. Keperluan terdesak dengan hanya 2 kelas dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan dalam satu masa kecuali izin guru perpustakaan.


PERATURAN-PERATURAN AM PERPUSTAKAAN

1. Tanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan.

2. Dilarang berbual kosong, membuat bising atau bergaduh di dalam perpustakaan.

3. Jangan bawa makanan atau minuman ke dalam perpustakaan.

4. Murid dikehendaki meletakkan beg di luar perpustakaan.

5. Pinjam buku mengikut jadual yang ditetapkan.

6. Buku-buku yang telah dibaca mesti disimpan semula ke tempat asal.

7. Kerusi disusun dengan kemas setelah digunakan.

8. Pastikan tiada sampah ditinggalkan selepas menggunakan perpustakaan.

9. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan perpustakaan.

10. Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan pada sesi pembelajaran kecuali bersama guru untuk tujuan tertentu.




Leave a comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed and Edited by Aida-Akilah