Maklumat di Makmal Sains

Sekolah Menengah Kuala Kurau mempunyai 3 makmal sains dan 3 makmal untuk biologi, fizik dan kimia. Makmal sains terletak di bahagian bawah bilik guru dan makmal utk fizik, kimia, dan biologi terletak di tingkat 1 di block A. Kesemua makmal ini dibantu oleh 10 pembantu makmal.





PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM MAKMAL-MAKMAL SAINS


1. Utamakan keselamatan sepanjang masa anda berada di makmal.
2. Jangan masuk ke dalam makmal atau melakukan sebarang ujikaji tanpa kebenaran guru yang berkenaan.
3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk atau keluar sebarang bahan kimia atau radas ke dalam atau keluar makmal.
4. Pastikan bahan kimia yang digunakan adalah betul. Baca label dan bertanya kepada guru sekiranya ada kemusykilan.
5. Murid-murid dilarang sama sekali bermain dan berlari-lari di dalam makmal sains.
6. Kebersihan makmal adalah tanggungjawab bersama.Oleh itu,pastikan sampah tidak terbuang di merata-rata tempat.Makmal mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
7. Semua radas yang digunakan mestilah dibersihkan dan dipulangkan ke tempat asalnya.
8. Laporkan segala kerosakan supaya dapat diperbaik / direkod.
9. Laporkan dengan serta merta kepada guru berkenaan semua kecederaan yang berlaku.
10. Pastikan anda tahu di mana letaknya pemadam api atau suis utama saluran gas dan cara-cara menggunakannya semasa berlaku kecemasan.
11. Jangan makan dan minum di dalam makmal.
12. Jangan cuba menghidu, merasa atau menyentuh bahan kimia yang beracun atau tidak diketahui.
13. Apabila menggunakan bahan kimia yang mudah terbakar seperti alkohol, ester atau bahan organik lain, jauhkan daripada nyalaan Bunsen.
14. Semasa memanaskan sesuatu bahan, halakan jauh daripada kawan.
15. Apabila tidak digunakan nyalaan Bunsen, tutupkan saluran gas.
16. Jagalah supaya semua alatan dan radas berada dalam keadaan balk.
17. Murid-murid mestilah membasuh tangan sebelum keluar daripada makmal.




UTAMAKAN KESELAMATAN DALAM MAKMAL KESELAMATAN ADALAH
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed and Edited by Aida-Akilah